7.31.2008

tempahan dari kak zura farmasi


Hepi anniversary Lieyn & Fendy



kali ni entry pasal tempahan dari lieyn, dia nak buat suprise anniversary utk hubby dia. teringat plak masa dia call saya dalam bas hari tue. Masa tue sy dlm perjalanan ke Kl utk final exam kat UKM. Dia call minta sy buatkan and sy terus terima. Dan malam tadi bermulalah journey cuppies untuk lieyn. Sy bermula agak lambat selepas solat isyak, sambil goreng nugget sy ayak tepung , icing sugar, dan buat pes coklat. ermmmm decoration yang sy guna kali ni ialah fondant. Baru-baru jer belajar. harap2 lieyn suka. anyway nak ucap thanks kat lieyn sbb sudi tempah dgn kami .InsyaAllah kami akan memberi hadiah misteri untuk customer cuppies kami yang ke 50 dan yg ke 100 nanti. Doakanlah kami akan sampai ke tahap itu.

7.23.2008

tempahan tergendala...

Assalamualaikum...

kepada anda yang ingin membuat tempahan kek kami..buat masa ini kami tidak menerima tempahan untuk sementara waktu..disebabkan salah seorang dari kami sedang menghadapi peperiksaan akhir...manakala seorang lagi sedang menguruskan persiapan untuk hari bersejarah..
Tempahan akan dibuka semula dalam sebulan lagi InsyaAllah akan diberitahu kelak..

Segala kerumitan amat dikesali dari pihak kami...

first try..



monster...huhuhu


Majlis pertunangan



Ini kali pertama kami menerima tempahan untuk majlis pertunangan...seronok sangat masa decorate kek ini...dan pertama kali juga kami menggunakan fondant untuk dihias di atasnya..
Kami berdua masih lagi amatur dan perlukan bimbingan dari orang yang berpengalaman.
Pasangan ni pon dah selamat menjadi pasangan tunang...

untuk sahabat yang banyak membantu...


Dalam perniagaan kami ni ade banyak cabaran...masa mula-mula kami teringin nak mulakan 'Business' ini...banyak kelengkapan yang kami tak ada. Sedikit-sedikit kami beli perlahan-lahan barulah kelengkapan membuat cup cakes ini mencukupi...termasuklah ketuhar dan 'mixer'. Mula-mula dulu kami pinjam ketuhar dan mixer tu dari sahabat kami iaitu Nor A'sikin Mohamad...kami panggil beliau 'kak syikin'...kalau tidak disebabkan beliau..tentu kami tidak dapat meneruskan jualan kami...Alhamdulillah lama-kelamaan kami sudah dapat memiliki ketuhar dan mixer sendiri...

oleh itu kami telah menghadiahkan satu kotak kek cawan kepada beliau...tanda terima kasih kami kepadanya...tq kak syikin....love u!

7.08.2008

Hepi Besday Azam yang ker......


Salam n hai
yang ni cuppies utk br. azam ..di order oleh seorang yang misteri... huhuhu
cuma saya dan customer jer yang tau.. huhuhu.anyway cuppies ni adalah utk mengenang jasa2 baik br. azam pada dia. nak mintak maaf kat orang yang order tu sebab patrick sy mcm hantu ! heheheh salah campur2 warna ...mata ngantuk..huhuhu.. okeylah enjoy the pic yang tak berapa cun tp cute mengikut kata br azam. ahakss

7.01.2008

exculsively for kak juelia



English design ..hehehe...as ordered by kak juelia....ermmmmmm cuba bandingkan dgn gambar yg diberi ni....huhuhu jauh beza tak?
ni baru betul english design..... tp ni pinggan kat atas tue kek kitorg....

Our first Sponge Bob!

Sponge Bob and his friends... Happy Birthday Sponge Bob Theme

Sponge Bob

Patrick

Gary

Sponge Bob House


His Friend
Walaupun Hari Bapa sudah berlalu..tetapi penghargaan buatnya masih boleh di raikan pada bila-bila masa sahaja...

garden


Oleh kerana ayahanda haya menguruskan kebun, jadi dia minta kami decorate sayur-sayuran.